Sponser By

Followers

Iklan

29 June 2011

Kebaikan dan keburukan tinggal keluarga besar dan keluarga kecil.

Hai korang! Hari ni rasanya nak kongsi dan minta pendapat korang tentang tajuk kat atas tu? 
Bagi korang yang dah berkahwin la, mana pilihan korang? 
Tinggal serumah keluarga besar atau tinggal dengan suami dan anak-anak je? 
Maksud aku, tinggal dengan keluarga besar ni ialah tinggal dengan adik beradik, 
dan kakak ipar dan abang abang ipar. 
Ini pendapat aku la. Bagi aku kan , aku lagi suka tinggal dengan keluarga kecil 
bersama suami dan anak-anak.
Bukan apa, bila tinggal keluarga besar ni, banyak benda yang kita kena fikir tau. 
Kena sentiasa jaga hati orang yang tinggal bersama kita.
Bagi aku, tinggal dalam keluarga besar ni, akan selalu menimbulkan salah faham dan masalah.
Selalunya yang berlaku ialah perselisihan faham dengan kakak ipar, abang ipar dan lebih teruk dengan adik beradik yang dah berumahtangga.
Kadang-kadang, perselisihan budak-budak pun boleh menimbulkan masam muka antara ibu bapa.
Selain tu, bila kita nak beli sesuatu, kita kena beli banyak.hehe.
Ye la. takkan nak makan sorang kan?
Nak beli banyak, duit tak cukup la pulak. Macm mana tu?
Kalau dalam satu keluarga besar tu semuanya bertolak ansur takpe juga.
Kalau dapat salah seorang keluarga yang banyak mulut then lain perangai macam mana?
Ye la. bukan semua benda kita sempurna kan.
terkadang ada tersilap cakap atau salah sangka.
Aku sendiri pon tak la sempurna mana.
Mulut jahat ni tau..hehe..sebab tu aku mengimpikan tinggal dengan keluarga kecik je.
Dan kelebihan tinggal berasingan dari keluarga besar ialah, bila buat majlis dan pertemuan, semuanya akan lebih mesra dan kurang ada perselisihan faham sebab jarang berkumpul.
Ape pun, tinggal dengan keluarga besar ni, ada juga kelebihan nya.
So, macam mana pulak pendapat korang?









3 comments:

  1. sy prefer tinggal keluarga kecil. =) plus, not everybody keje tempat, negeri same kan? =)

    ReplyDelete
  2. xde prob kluarga bsar or kecil asalkn bahagia :)

    sape suka race??? http://eleventx.blogspot.com/2011/06/lets-race.html

    ReplyDelete
  3. mek prefer tinggal in small family. pala pun x pening..haha. coz mek in small family :D

    bila mek gi ke umah dillah ygberkeluarga besa nak...adoiyaiii, pening palak mek dgr riuh rendah..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.