Sponser By

Followers

Iklan

14 April 2011

Setabah hati wanita [ Apa kata Lelaki??]

 Hari ni aku jumpa blog Realiti sebuah kehidupan. Aku suka blog ni. Bukan setakat blog, aku suka dan rasa nak tabik dengan ketabahannya menjalani kehidupan.Keperitannya sebagai seorang wanita dan juga seorang ibu & ayah kepada 3 orang anak. Dia lah ibu.Dia lah ayah kepada anak-anaknya. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sakit hati pada sesetengah makhluk yang bergelar lelaki ni. Sebelum tu, maaf ye. Jangan sesiapa terasa dengan kata-kata ku ini. Kenapa lah sesetengah kaum adam ni sanggup tinggalkan soerang isteri dan anak-anak hanya kerana wanita lain yang mungkin lebih cantik atau kaya? Kenapa sesetengahnya langsung tak mahu menghargai pengorbanan seorang isteri yang setia banyak berkorban. Padahal sebelumnya isteri adalah insan yang pernah disayangi. Mustahilkan doirang tak pernah sayang.Kalau tak, tak mungkin lah mereka berkahwin dan dapat anak. Wahai lelaki yang berkenaan, kenapa korang cepat sangat berubah?? Kenapa korang tak nak hargai seorang wanita? Kenapa korang sanggup tinggalkan seorang isteri yang pernah korang sayangi satu ketika dahulu? Kenapa korang biarkan wanita-wanita ni menderita sendirian padahal kami wanita tercipta dari tulang rusuk kalian. Kenapa? Kenapa Dan Kenapa??!! Ya Allah, aku tiba-tiba teremosi.. Sorry..

4 comments:

  1. atarghfirullahala'zim.....di sini saya nak buat satu statement.....BUKAN SEMUA LELAKI mcm itu ok.....certain men juz like that ok........jd don't judge a book by its cover

    ReplyDelete
  2. encik farid Hafiz, sekali lagi di dalam komen ni saya minta maaf.. Saya tak kata semua lelaki. Sila baca lagi sekali. Saya kata "yang berkenaan" dan "sesetengah kaum adam". Tolong fahami itu.

    ReplyDelete
  3. FARID...a'ah tol kata ima. dia ada statekan SESETENGAH. so mmg bermaksud tak semua.

    to ima...haa zie pun benci dgn lelaki camni. ada yg sangup tinggalkan anak bini kejar perempuan yg hot. bila perempuan hot tu tggalkan dia. baru nk terhegeh2 balik kat anak bini. HUH! zie pernah jd saksi utk situation tu.

    ReplyDelete
  4. zie: tu la.. kadang2 walaupun kita belum pernah merasakan, sebagai wanita, kita pun terasa gak dengan apa yang wanita lain deritakan.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.