Sponser By

Followers

Iklan

16 April 2011

Kahwin itu bestt..

Siapa belum kahwin atau bakal berkahwin sila angkat tangan macam usup wilca. Hehe..
Okeh, sebenarnya hari ni nak kongsi sikit persediaan sebelum melangkah alam berumahtangga secara personal dari saya ek.
[Jang oooo Jang.. Ujang meh baca. Ni khas terutama untuk ko.. kahkah..]
Sape takut kahwin muda?? sila angkat tangan lagi.hehe
Sebenarnya kan, pada pendapat aku, berkahwin muda atau kahwin tua tak ada bezanya.
Setiap individu yang berkahwin akan mengalami keadaan yang sama.
Cuma, keadaan akan dapat diatasi mengikut persediaan masing masing.
Hari ni nak kongsi sikit info apa yang korang perlu sebelum menjadi suami/isteri pastu mengandung, selepas melahirkan dan setelah dapat anak.
Bagi aku, persediaan yang paling penting ialah kekuatan fizikal dan mental.

Untuk Bakal Isteri

  • Korang kena rajin mandi sebab bila lepas memasak, pakaian akan berbau masakan.hehe
  • Korang kena bersedia atas perubahan tubuh yang langsing menjadi bola yang chumel bila mengandung..
  • Korang kena bersedia mengalami alahan yang teruk ketika mengandung. Tapi tak semua wanita mengalami alahan yang teruk. Ada juga isteri yang mengandung, Suami yang alahan teruk.hehe. so, bakal suami ni pun kena bersedia gak.kehkeh..
  • Korang kena bersedia untuk berhadapan dengan ibu mertua yang cerewet. Korang kena sentiasa cool sebab ada sesetengah ibu mertua yang saje cari silap kita. Marah la kononnya sebab ambil anak lelaki dia.opss. tapi tak semua macam tu tau.hehe
  • Korang kena bersedia untuk makan hati.. [taknak ulas panjang-panjang.yang penting bersedia jer.]
  • Korang kena bersedia untuk jadi wanita yang tabah dan kuat bila tiba masa untuk melahirkan nanti.Sakit tauuuuuuuuuu.. yuuuuuuuuuu..hehe
  • Korang kena bersedia untuk berjaga malam atau selalu terjaga malam sekurang-kurangnya 10 kali atau lebih untuk menyusukan dan menukar lampin baby.
  • Korang kena bersedia untuk bangun awal pagi untuk menyusukan baby. Cian baby kalau korang bangun lambat. Baby ni cepat lapar tau.

Untuk Bakal Suami

  • Korang HARUS bersedia untuk lebih bertanggungjawab. Tanggungjawab suami berat tau..
  • Korang HARUS bersedia untuk bekerja keras untuk memastikan keperluan isteri dan anak dapat dipenuhi.
  • Korang HARUS bersedia menjadi ketua keluarga dan membuat semua keputusan yang penting dengan bijak.
  • Korang HARUS bersedia untuk menjadi cikgu kepada isteri dan anak-anak. Maksudnya mendidik la tu.
  • Korang HARUS bersedia untuk bersabar menghadapi isteri yang sedang mengandung sebab isteri yang sedang mengandung ni selalunya sensetif dan banyak songeh.hehe
  • Korang HARUS bersedia untuk memastikan barang dapur ada.
  • Korang HARUS bersedia extra membantu isteri dan extra bersabar menjaga hati isteri ketika mereka sedang berpantang. Sebab sesetengah isteri yang lepas bersalain dan masih dalam pantang ni kalau terlampau letih atau tertekan boleh menyebabkan meroyan [atau bahasa kasarnya gila]
OKeh..hehe.. ni personal je dari aku ye..pendapat je. kalau korang rasa tak betul, abaikan je..:)


1 comment:

  1. kawen memang besh...!! memang seronok..!! siyes..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.