Sponser By

Followers

Iklan

16 March 2011

Botol susu bayi yang membahayakan kesihatan

P/s: sila ambil perhatian pada semua ibu-ibu, ayah-ayah, dan semuanya yang mempunyai ahli keluarga yang menggunakan botol susu..

Lembabnye aku jadi mumy! Baru semalam aku dapat tau ada botol susu polikarbonat  yang  di haramkan oleh kementerian kerana mengandungi bahan kimia  'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf . Ini la akibat tak tengok berita.. Kan dah jadi macam ni.. Lepas baca je pasal ni kat blog, balik umah, terus pegi check botol irfan. Memang botol irfan jenis polikarbonat. Isk isk.. Nasib baik la irfan jarang menyusu botol. Irfan tak berapa pandai nak hisap botol..Irfan guna gelas kalau minum susu..Syukur lah sebab botol tu jarang digunakan..
Sebenarnya tak banyak yang aku tau tentang ni..

Tapi yang pasti, Botol susu bayi polikarbonat ni bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ni boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.

Jangan gunakan botol yang mempunyai kod seperti berikut:



Mari ramai-ramai kita guna botol yang selamat.Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

4 comments:

  1. aohyaii..gamaknya botol yg rege mahallah baru bebas BPA kot...

    ReplyDelete
  2. takpe mahal..asalkan anak-anak sihat..:)

    ReplyDelete
  3. hurmm botol kaca bahaya la pulak..nnt anak2 baling pecah klu botol pigeon ada je yg murah..kaca tapinya.

    ReplyDelete
  4. bahaya jugak kan... barang plastik lain pun mesti sama jugak kan..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.