Sponser By

Followers

Iklan

17 February 2011

Diganggu makhluk alam lain?

Korang pernah tak mengalami pengalaman di ganggu oleh makhluk alam lain? Kan kat bumi ni bermacam-macam makhluk dan bermacam-macam lapisan alam.. betul ker?? maybe la..hehe.. bukan apa, baru2 ni adik putri terkena dengan makhluk ni.. mula2 putri & family hairan gak kenapa adik ni cakap yang bukan2. kadang2 macam cakap dengan sorang-sorang.. merapu je cakap dia. kadang pulak tu dia macam tak ingat apa yang berlaku sepanjang hari tu.. dia tanya mana girlfriend dia la.. tanya macam mana dia ada kat sana la. kadang pulak dia rasa takut.. dia cakap ada orang ketawakan dia.. lepas tu keadaan dia lemah sangat. dia minta girlfriend dia baca yassin. oleh sebab dia asyik sebut pasal girlpren dia tu, mak pun terpaksa pegi mencari sampai dapat.. bila GF dia dah sampai dia pula kata siapa dia ni? aish?? tambah la kami rasa hairan.. perasaan bercampur-campaur.. hairan dan juga takut. kenapa adik berkeadaan macam ni.. slepas beberapa jam adik masih berkeadaan macam tu juga.. semua kawan-kawan datang, semua hairan.. semua adik tak kenal.  macam-macam yang adik cakap. sampai mak pengsan sebab terlalu fikirkan adik. keadaan bertambah kacau bila datuk putri mengubati adik sebab dia hampir nak bersilat dan mata dia besar. tenang beberapa saat, datuk cuba bertanya kat adik, apa yang adik rasa? dengan nada marah adik cakap "DUNIAMU!!"..  bertambah lah kami panik. sebab tak tau nak buat apa, kami pun bawa adik ke hospital. Ntah ape nath doktor pi tambah air kat adik. bila sampai kat hospital bertambah la merapu adik. cakap yang bukan-bukan.. sekejap2 suara dia berubah garau. sekejap pula dia jadi macam orang lain.lepas tu jadi diri dia. kadang2 dia kenal kami kadang2 pula dia seperti bercakap dengan makhluk lain yang kami tak nampak. lebih menghairankan bila adik bercakap omputeh.. aish,, sejak bila pula adik ni pandai cakap omputeh.. sampaikan doktor mengatakan adik gila. mak apalagi.. berabis menangis.. semua risau mak pengsan lagi.. Rakan-rakan adik pun semua meremang bulu roma bila adik kadang-kadang bercakap merapu.Pakcik mencari orang yang tua2 yang pandai dalam hal makhluk-makhluk halus ni. adik nak cabut jarum yang kat tangan dia. dia kata "tu virus, kalau air menitik, pasti masuk ke tubuh manusia".ada pulak kadang adik berbisik.adik kata dia nak balik ke dunia. kadang pula, marah2. dia kata dunia dia best. alam yang paling nyata. sampai la jam 1 pagi adik masih berkeadaan macam tu. semua balik rumah.. tinggal lah abah yang jaga adik kat hospital sebab doktor tak bagi adik pulang sebab doktor kata darah adik ada jangkitan kuman la konon..takut merebak ke otak.keesokan hari, adik dah ok.tapi dia tak bercakap dan asyik tido je.menurut datuk, adik kena masuk iblis yang menyerupai kunang2 masuk dari kepala adik.datuk putri ni orang lama2 yang berilmu la juga. selalu juga mengubati orang kena sampuk.tapi bila adik yang kena, dia tak mampu ubati sorang2.  2 hari asyik tido je. hari yang ke 3 baru la adik nampak normal.dan baru dia ingat kejadian malam tu. adik kata, yang merapu2 tu bukan dia.tubuh dia je yang baring, tapi ada lagi 5 roh berbaris tepi katil untuk berganti2 masuk ke tubuh adik. Ya Allah, ada juga kejadian macam ni. Nasib baik roh adik dapat masuk kembali ke tubuh. adik kata, muka diorang tak nampak, cuma macam bayangan gelap je. ada 5 roh semuanya. termasuk adik, 6 la tu kan.. patut la adik kadang2 cakap merapu.kadang tak kenal kami.asyik bertukar-tukar watak je. Peringatan buat kawan-kawan yang lain, sentiasa lah berzikir di dalam hati supaya makhluk2 ni semua x berani nak masuk ke tubuh kita. Nenek kata, siang kita adalah malam bagi makhluk lain. Malam kita pula adalah siang bagi makhluk lain yang berada di alam lain. Tapi alhamdulillah. sekarang adik dah ok.. dah normal.. tapi putri dan adik2 yang lain asyik takut je 2 3 ari ni.hehe.. nak pegi tandas pun nak minta teman.

1 comment:

  1. aku pnah diganggu makhluk 2 alam...huhu :D lagi takut..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.