Sponser By

Followers

Iklan

27 November 2010

DAGING MASAK HITAM MANIS

Bahan-bahan:

500gm daging lembu, dipotong dan direbus bersama 1/2 cawan kicap
Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam
Bahan kisar basah:
3 Bwg putih
4 Bwg merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering, direndam dulu
Rempah-rempah:
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar basah. Masukkan rempah-rempah.
2. Masukkan daging yg telah direbus empuk. Kacau hingga mesra.
3. Masukkan bahan2 kisar kering dan asam gelugur. Tambah kicap jika perlu.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.

1 comment:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.